LATAR BELAKANG PEMILIK


SIAPA DIA NI?


 # BELIAU BERNAMA MOHD HANIS BIN HUSIN. LEBIH DIKENALI DENGAN PAGGILAN 'CIKGU' OLEH RAKAN-RAKAN & STUDENT-STUDENT YANG MENGENALINYA. DILAHIRKAN PADA 28HB. JANUARI 1979 DI HOSPITAL KOTA TINGGI J.B. DAN DIBESARKAN DISELAYANG BARU, SELANGOR. 

MEMPUNYAI BAKAT MELUKIS SEJAK KECIL LAGI. MULA TERDEDAH DENGAN DUNIA PRINTING T-SHIRT SEJAK DIA DIBANGKU SEKOLAH LAGI DIMANA BAPA SAUDARANYA SENDIRI TELAH MEMBUKA SEBUAH BENGKEL PRINTING T-SHIRT.

TAMAT PERSEKOLAHAN (1996) DIA MEMASUKI SEBUAH KOLEJ SWASTA (COSMOPOINT) BAGI MENDALAMI LAGI BIDANG 'ART & DESIGN'. PERNAH MENGIKUTI KURSUS JANGKA PENDEK DALAM BIDANG 'SIGNCRAFT' DI SMTT. 

PADA TAHUN (2000) DIA DITAWARKAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARANNYA KE UITM SHAH ALAM DALAM JURUSAN 'IT INFORMATION MANAGEMENT' SELAMA TIGA TAHUN LEBIH. BAKAT MELUKIS MEMBOLEHKAN DIA BEKERJA SECARA 'PART TIME' DI CENTRAL MARKET SEBAGAI 'GRAPHIC ARTIST'. 

TAMAT PENGAJIAN, DENGAN BERBEKALKAN ILMU & PENGALAMAN BEKERJA YANG DIMILIKI, PERTENGAHAN TAHUN 2003 DIA TEKAD MERANTAU KE TEMERLOH, PAHANG & MEMBUKA SEBUAH 'KIOSK' (KEDAI BAZAAR) PRINTING T-SHIRT SECARA KECILAN ATAS NAMA 'ONE EIGHT SEVEN CREATIVE DENGAN HANYA BERMODALKAN RM2000 SAHAJA HASIL SIMPANANNYA SEMASA BELAJAR DULU. 


DISINILAH SEBENARNYA PERMULAAN LIKU-LIKU TENTANG SELOK-BELOK DUNIA PERNIAGAAN PRINTING T-SHIRT YANG DIURUSKAN SENDIRI OLEHNYA. USAHANYA MEMBUAHKAN HASIL DIMANA PELANGGAN TIDAK PUTUS-PUTUS & BANYAK TEMPAHAN YANG DITERIMA TERUTAMANYA DI SEKOLAH-SEKOLAH & BADAN KERAJAAN. SELAMA 8 TAHUN DITEMERLOH, DIA BERJAYA MEMBUKA 3 BUAH KEDAI PRINTING T-SHIRT MILIKNYA (BAZAAR KIOSK-1 & LOT RUMAH KEDAI-2) SECARA BERPERINGKAT.   

TAHUN 2010 DIA KEMBALI SEMULA KE SELAYANG DIATAS FAKTOR KELUARGA. PERNIAGAAN DITEMERLOH MASIH BEROPERASI SEPERTI BIASA DIMANA IANYA DIURUSKAN OLEH PEKERJA-PEKERJANYA SENDIRI.  SETAHUN PULANG KE TEMPAT ASALNYA, DIA MEMBUKA SEBUAH LAGI SEBUAH KEDAI PRINTING T-SHIRT ATAS NAMA ONE EIGHT SEVEN EQUIPMENT. 


DIA MULA MENGADAKAN KURSUS PRINTING KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BERMINAT TERUTAMANYA BAGI MEMBANTU USAHAWAN-USAHAWAN BARU YANG INGIN MENCEBURKAN DIRI DIDALAM PERNIAGAAN PRINTING T-SHIRT. TERCETUSNYA UNTUK MENGADAKAN KURSUS PRINTING T-SHIRT INI ADALAH DISEBABKAN BIDANG INI DIPELOPORI OLEH BANGSA ASING & TIADA KELAS/KURSUS YANG DIKHUSUSKAN DALAM BIDANG INI. SEKIRANYA ADAPUN IANYA SUKAR DIKETAHUI. 


SEHINGGA KINI HAMPIR 6 TAHUN BELIAU FOKUS & MEMBERI KEUTAMAAN DALAM PENGENDALIAN KURSUS PRINTING T-SHIRT. RIBUAN ORANG TELAH MENGIKUTI KURSUS-KURSUS YANG DIANJURKAN OLEHNYA SEBELUM INI & RAMAI YANG TELAH BERJAYA MENGUSAHAKAN PERNIAGAAN PRINTING T-SHIRT INI. 

NIATNYA IKHLAS DALAM BERKONGSI ILMU TERUTAMA DALAM BIDANG PERCETAKAN INI KERANA BAGINYA, ILMU ITU TIADA NILAI & ILMU ITU JUGA TIDAK AKAN HABIS UNTUK DIKAJI  ATAUPUN DIMILIKI. AKHIR SEKALI YANG PALING PENTING ILMU YANG KITA DAPAT INI SEBENARNYA BUKAN MILIK KITA TETAPI MILIK ALLAH S.W.T. WALLAHUALLAM. 

YANG IKHLAS,


EDITOR,
B/P.
PENGURUS,
ONE EIGHT SEVEN EQUIPMENT










Featured post

KURSUS ASAS KHUSUS

POPULAR POSTS