SILKSCREEN PRINTING / CETAKAN SARING SUTERA
BAHAN-BAHAN ASAS UNTUK MENCETAK/PRINTING T-SHIRT
KORANG NAK TAHU TAK SEBENARNYA UNTUK MENCETAK T-SHIRT INI TAKLAH SUSAH SANGAT SEPERTI YANG DISANGKA. KENA PULAK DI ZAMAN SEKARANG NI DAH BANYAK PEMBEKAL-PEMBEKAL YANG MENJUAL PERALATAN MENCETAK T-SHIRT DI MERATA TEMPAT & JUGA BOLEH DAPATKAN SECARA ON-LINE. APA YANG PENTING SEKALI KORANG PERLUKAN SEDIKIT LATIHAN BAGI MENDAPATKAN HASIL CETAKAN YANG CANTIK & BERKUALITI.
BAHAN-BAHAN ASASNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
1) BINGKAI ACUAN/BLOK
2) KAIN SARING SUTERA/MESH
3) KERTAS MINYAK/TRACING PAPER
4) FOTO EMULSI/PHOTO EMULSION
5) MANGKUK SAPUAN/COATER
6) SKUJI/SQUEEZE
7) PEWARNA KAIN/DYE
8) PENCAIR DYE/BINDER
9) PAPAN PELAPIK/MOUNTIN BOARD
10) GAM BAJU/TABLE GLUE
11) STAPLER GUN
12) PENGERING RAMBUT/HAIRDYER
13) SALOTAPE
14) LAMPU EXPOSE/LIGHTBOARD
BAHAN-BAHAN YANG DI NYATAKAN INI KEBANYAKANNYA BOLEH KITA PEROLEHI DI KEDAI ATAUPUN PEMBEKAL PERALATAN MENCETAK T-SHIRT DAN ADA JUGA YANG KORANG BOLEH PEROLEHI DI KEDAI ALATULIS (STATIONERY).
SEBELUM KORANG NAK BUAT PROJEK PRINTING INI, KORANG KENALAH KENAL DAN TAHU FUNGSI-FUNGSI SETIAP BAHAN INI BAGI MEMUDAHKAN KERJA KORANG NANTI.
BLOK SILKSCREEN ATAU ADA YANG MEMANGGIL BINGKAI PENCETAK SARING SUTERA ADALAH ALAT UTAMA YANG DIGUNAKAN UNTUK MENCETAK T-SHIRT/FABRIK. BAHAN-BAHAN YANG PERLU ADA UNTUK MEMBUAT BLOK ADALAH SEPERTI KAYU KETAM PANJANG SAIZ 2"x 1", KAIN SARING (MESH), PAKU, STAPLER GUN, PISAU, GERGAJI, PENUKUL & PEMBARIS.
LANGKAH PERTAMA
KITA PERLULAH MEMOTONG KAYU MENGIKUT UKURAN YANG DIKEHENDAKI. CONTOHNYA UNTUK SAIZ A4 ANGGARAN SAIZ ADALAH 16"= 2 BATANG & 12"= 2 BATANG. SAMBUNGKAN KESEMUANYA MENJADI SEPERTI BINGKAI SEGI EMPAT SAMA. GUNA PAKU & PENUKUL.
KITA PERLULAH MEMOTONG KAYU MENGIKUT UKURAN YANG DIKEHENDAKI. CONTOHNYA UNTUK SAIZ A4 ANGGARAN SAIZ ADALAH 16"= 2 BATANG & 12"= 2 BATANG. SAMBUNGKAN KESEMUANYA MENJADI SEPERTI BINGKAI SEGI EMPAT SAMA. GUNA PAKU & PENUKUL.
LANGKAH KEDUA
ADALAH MELEKATKAN KAIN SARING PADA BINGKAI DALAM KEADAAN MENEGANG. UNTUK MELEKATKAN KAIN SARING INI ADA DUA CARA IAITU DENGAN MENGGUNAKAN STAPLER GUN ATAUPUN GAM KAYU. UNTUK ASAS KITA AKAN BELAJAR MELEKATKAN KAIN SARING DENGAN MENGGUNAKAN STAPLER GUN DAHULU.
ADALAH MELEKATKAN KAIN SARING PADA BINGKAI DALAM KEADAAN MENEGANG. UNTUK MELEKATKAN KAIN SARING INI ADA DUA CARA IAITU DENGAN MENGGUNAKAN STAPLER GUN ATAUPUN GAM KAYU. UNTUK ASAS KITA AKAN BELAJAR MELEKATKAN KAIN SARING DENGAN MENGGUNAKAN STAPLER GUN DAHULU.
LANGKAH KETIGA
BINGKAI ADA 4 PENJURU. TANDAKAN NO. 1 - 4 SEBAGAI PANDUAN DISETIAP PENJURU. LETAK BUCU KAIN SARING DI PENJURU BINGKAI 1 & STAPLER SEKALI. KEMUDIAN STAPLER PULA DI PENJURU 2 DI IKUTI STAPLER AGAK RAPAT (1/2 INCI). TARIK PULA DI PENJURU 3 & TERUS MENEMBAK SEPERTI LANGKAH SEBELUM INI. KITA AKAN LIHAT PENJURU 1&2 DAN 3&4 BERBENTUK L. JADI ADA DUA L.
LANGKAH TERAKHIR TARIK KAIN SARING DIPENJURU 4 & PASTIKAN LEBIH TEGANG DARI SEBELUM INI. TEMBAK SEKALI & BARULAH KITA MENEMBAK SEPERTI LANGKAH PENJURU 1 & 2 CUMA KALI INI KITA PERLU TARIK KAIN DAHULU BARU DI TEMBAK. SETELAH HABIS MENEMBAK DENGAN MENGGUNAKAN STAPLER GUN, POTONG DAN KEMASKAN LEBIHAN KAIN SARING.
#BLOK ACUAN YANG BAIK MESTILAH TEGANG/CEKANG.
#TIADA GELOMBANG SEPERTI OMBAK DI ANTARA STEPLER.
#BINGKAI TIDAK MELENGKUNG.
P/S: RASA-RASA PAYAH SANGAT NAK BUAT BLOK ACUAN MESH NI.. KORANG GI BELI JELAH YANG DAH SIAP, MACAM-MACAM SAIZ DAN JENIS MESH SEMUA ADA. HARGANYA PUN XDELAH MAHAL SANGAT. LAGI CEKANG, RATA, LURUS N MASA KERJA LEBIH CEPAT.
CARA MENCETAK TSHIRT TEKNIK STENCIL
P/S: RASA-RASA PAYAH SANGAT NAK BUAT BLOK ACUAN MESH NI.. KORANG GI BELI JELAH YANG DAH SIAP, MACAM-MACAM SAIZ DAN JENIS MESH SEMUA ADA. HARGANYA PUN XDELAH MAHAL SANGAT. LAGI CEKANG, RATA, LURUS N MASA KERJA LEBIH CEPAT.
CARA MENCETAK TSHIRT TEKNIK STENCIL
INI ADALAH TEKNIK PRINTING YANG PALING ASAS SEKALI. SEMASA SAYA MULA BERJINAK-JINAK DI DALAM DUNIA PRINTING INI, TEKNIK INILAH YANG SAYA GUNAKAN.
CARA EXPOSE BLOK ACUAN
BERTEMU LAGI KITA DI RUANGAN KONGSI ILMU BERSAMA SAYA. OKEY GUYS, BILA BLOK ACUAN YANG KORANG DAH SIAP BOLEHLAH DISAPU DENGAN PHOTO EMULSION (LIHAT GAMBAR SEBELUM INI). PHOTO EMULSION ADA BERMACAM-MACAM JENUS MENGIKUT JENAMA MASING-MASING CUMA YANG MEMBEZAKANNYA ADALAH CARA EMULSION ITU TERHASIL. ADA YANG PERLU DI BANCUH DENGAN SENSITIZER & ADA YANG TIDAK PERLU. CARA YANG SAYA AKAN AJAR INI LEBIH KEPADA TEKNIK BANCUHAN KERANA INI ADALAH ASAS DALAM TEKNIK ESPOSE BLOK.
Contoh Photo Emulsion |
Cara photo emulsion di lekatkan pada blok dengan menggunakan coater. |
SELESAI SAHAJA ANDA PERLULAH MENGERINGKAN EMULSION TADI DENGAN MENGGUNAKAN `HAIRDRYER` HINGGA KERING. PROSES MEMBUAT TEKNIK EXPOSE BLOK HENDAKLAH DIBUAT DI TEMPAT YANG AGAK GELAP.
Lightboard/Kotak berlampu/Meja expose |
KITA PERGI PULA KE MEJA EXPOSE / LIGHTBOARD DAN LETAKKAN FILEM (LIHAT GAMBAR). BARULAH DI LETAKKAN BLOK ACUAN YANG SUDAH ADA PHOTO EMULSION TADI. LETAK PULA KADBOARD / PAPAN DI DALAM BLOK ACUAN DAN AKHIR SEKALI LETAKKAN PEMBERAT / BEBANAN SEPERTI BATU-BATA. SETELAH SELESAI SUSUNAN TADI BARULAH LAMPU LIGHTBOARD BOLEH DINYALAKAN SELAMA 4-6 MINIT BERGANTUNG SETTING MASING-MASING.
BERTEMU LAGI DI RUANGAN BERIKUTNYA.. TERIMA KASIH.
CARA MENANGGALKAN EMULSION YANG SUDAH DI EXPOSE DENGAN MEMANCUTKAN AIR.
PROSES KEMASKINI BLOK ACUAN
TELANGKUPKAN BLOK. TUTUP SEKELILING BLOK DENGAN MENGGUNAKAN SALOTAPE BESAR (SAIZ 2 INCI). PASTIKAN ANDA MENUTUP SEKALI MANA-MANA KEBOCORAN YANG ADA PADA BLOK. ELAKKAN DARI TERKENA KAWASAN YANG HENDAK DI CETAK (IMEJ PADA BLOK).
SETELAH SELESAI PROSES TADI, ANDA BOLEH MEMBUAT PEMERIKSAAN YANG LEBIH TERPERINCI DENGAN MENGGUNAKAN LIGHTBOARD. SEKIRANYA ADA KEBOCORAN HALUS APA YANG PERLU ANDA BUAT ADALAH TUTUP/TOUCH-UP LUBANG DENGAN MENGGUNAKAN LIQUID PAPER. PASTIKAN BLOK ACUAN ANDA BENAR-BENAR SELAMAT DARI SEBARANG KEBOCORAN SEBELUM MENCETAK.
BERSAMBUNG DI EPISOD SETERUSNYA...
PENYEDIAAN T-SHIRT & CARA MENCETAK YANG BETUL
BAGI YANG ADA MEJA CETAK PASTIKAN KESEMUA PAPAN/PALLET TELAH DIMASUKKAN BAJU/ T-SHIRT BAGI MEMUDAHKAN PROSES MENCETAK NANTI BEGITU JUGA YANG MENGGUNAKAN PAPAN ACUAN.
LANGKAH SETERUSNYA LETAKKAN BLOK ACUAN DI TEMPAT YANG SEPATUTNYA TERUTAMA YANG MENGGUNAKAN MARKING MEJA TUANG/LETAKKAN DYE YANG ANDA INGINKAN DIDALAM BLOK ACUAN. SUKATAN DYE BERGANTUNG PADA SAIZ IMEJ YANG ANDA CETAK. TIPS DARI SAYA BIARLAH DYE ITU DILEBIHKAN BAGI TUJUAN MENGEKALKAN KELEMBAPAN BLOK SEMASA MENCETAK NANTI. IA AKAN MELAMBATKAN BLOK DARIPADA TERSUMBAT.
TEKAN/TAHAN BLOK ACUAN DAN MULA MENARIK DYE DENGAN MENGGUNAKAN SQUEEGEE/SKUJI DENGAN CARA BERIKUT.
1- TARIK & TOLAK DYE MENGGUNAKAN SKUJI (POSISI 60 DARJAH) SECARA LEMBUT DAHULU & PASTIKAN DYE MENUTUPI SELURUH IMEJ PADA BLOK. (TEKANAN SKUJI 2/10) TARIK TOLAK LAYANG.
2- 'CLEAR'KAN DYE YANG BERADA DI DALAM IMEJ DENGAN AGAK KUAT SEDIKIT DENGAN POSISI SKUJI 90 DARJAH (TEKANAN SKUJI 5/10). ULANG DALAM SEKALI DUA SAHAJA.
3- LETAKKAN/SANDARKAN SKUJI DI TEPI BLOK & ANGKAT BLOK PERLAHAN-LAHAN DARI SUDUT KANAN ATAUPUN KIRI / DEPAN ATAUPUN BELAKANG BERGANTUNG PADA KEADAAN JENIS MEJA YANG DIGUNAKAN.
ULANG PROSES SAMA PADA BOARD BERIKUTNYA SEHINGGA HABIS PUSINGAN. KEBIASAAN PENCETAK PROFESIONAL AKAN ULANG CETAK SEBANYAK 2-3 KALI BAGI MENDAPATKAN KUALITI PRINTING ITU SENDIRI. TIPS BAGI MENDAPATKAN WARNA YANG CANTIK ANDA HENDAKLAH PASTIKAN CETAKAN LAPISAN PERTAMA DIKERINGKAN DAHULU (SUAM-SUAM) BARU ANDA NAIK UNTUK CETAKAN LAPISAN KEDUA. PERINGATAN UNTUK TINDIHAN WARNA KEDUA (WARNA LAIN) DARI WARNA PERTAMA ANDA PERLU PASTIKAN WARNA PERTAMA BETUL-BETUL KERING SEBELUM DICETAK WARNA KEDUA KERANA SEKIRANYA TIDAK BETUL-BETUL KERING DYE YANG PERTAMA TADI AKAN MELEKAT PADA PERMUKAAN BLOK ACUAN YANG KEDUA DAN INI AKAN MEROSAKKAN T-SHIRT ANDA.
BERSAMBUNG DI EPISOD SETERUSNYA...
mantap bossku , ilmu yang berguna
ReplyDeleteSegala soalan boleh terus tanya di 011-28874685
ReplyDelete