TARIKH: 6 JUN 2015
MASA: 2PM-7PM
PESERTA: 2 ORANG (HIRAN & HARIRULL)
RUMUSAN: PESERTA UNTUK KURSUS VOL 105 HANYA 2 ORANG IAITU HIRAN (SARAWAK) DAN HARIRULL (SELANGOR). HIRAN ADALAH SEORANG PROGRAMMER DAN HARIRULL PULA ADALAH SEORANG BUSINESSMAN. KEDUA-DUANYA DATANG DARI NEGERI DAN KARIER YANG BERBEZA TETAPI SANGGUP HADIR KE KURSUS PRINTING T-SHIRT YANG KAMI ANJURKAN SEMATA-MATA INGIN BELAJAR CARA-CARA MENCETAK T-SHIRT DENGAN TEKNIK YANG BETUL. AL-HAMDULILLAH MEREKA BERJAYA JUGA MENCETAK T-SHIRT MEREKA SENDIRI WALAUPUN ADA BEBERAPA PERKARA YANG MEREKA KURANG PEKA. NAMUN DIDALAM MENCARI ILMU, KESALAHAN ITULAH YANG MEMBUATKAN MEREKA BERUSAHA NANTI. SEMOGA BERJAYA.
Teknik menegangkan mesh tanpa menggunakan mesin.
Cara masuk baju pun kena betul ok!!!
Hiran dari Sarawak ni...
Gambar kenangan sebelum tamat kursus.
TARIKH: 10 JUN 2015
MASA: 2PM-7PM
PESERTA: 2 ORANG
RUMUSAN: PESERTA BERASAL DARI RAWANG SELANGOR DAN TEMERLOH PAHANG. MEREKA ADALAH GURU SEKOLAH. AGAK SUKAR MEREKA UNTUK MENCARI LOKASI KEDAI BARU KAMI DIRAWANG KERANA BELUM ADA SIGNBOARD LAGI. KELAS DIMULAKAN JAM 2 PETANG DAN KAMI TERUS MEMBERI PENERANGAN PENGGUNAAN PERALATAN PRINTING. HANYA BERHENTI SEKETIKA UNTUK SOLAT ASAR DAN MEREKA MEMINTA UNTUK TERUS SAMBUNG PEMBELAJARAN SEHINGGA KELAS TAMAT.
TARIKH: 14 JUN 2015
MASA: 11AM-5PM
PESERTA: 2 ORANG (HIDAYAH & WAFI)
RUMUSAN: KALI INI PESERTA TERDIRI DARI SEORANG LELAKI DAN PEREMPUAN. WAFI ADALAH STUDENT AKHIR DI SEBUAH KOLEJ SWASTA YANG MANA DIA BARU SAHAJA MENGHABISKAN PEPERIKSAAN SEHARI SEBELUM MENGHADIRI KURSUS INI. HIDAYAH PULA ADALAH SEORANG PEKERJA DARI SALAH SEBUAH BADAN KERAJAAN. MINAT YANG MENDALAM UNTUK MENGETAHUI CARA-CARA MENCETAK T-SHIRT DENGAN BETUL MEMBUATKAN MEREKA TERPANGGIL DENGAN ANJURAN KURSUS YANG KAMI ADAKAN. SEPERTI BIASA PESERTA SANGAT SANTAI DAN SENANG MEMAHAMI DENGAN APA YANG KAMI AJARKAN.
Zul, Dayah, Wafi & KJC.
No comments:
Post a Comment