Tuesday, 20 December 2016

AKTIVITI SEPANJANG MINGGU

PROJEK PRINTING T-SHIRT

TARIKH: 16HB. DISEMBER 2016
DESIGN : BAJU REWANG
QTY: 15 PCS
CSTMR: KAK DILLA
RUMUSAN: JOB NI KAK DILLA HANTAR LAST MINIT SANGAT SEBAB MASA DIA NAK HANTAR PRINTING NI DAH PETANG SANGAT LEBIH KURANG JAM 6 PETANG. SAYA PULA TENGAH BERSIAP UNTUK BERANGKAT KE KELANTAN. 'BUDGET' NAK NAIK BAS MALAM LA. TAPI TIDAK MAHU MENGHAMPAKAN DIA, SAYA LAYAN LA KEJAP LAGIPUN 15 HELAI DAN HANYA 1 WARNA SAHAJA.. 1 JAM SIAP

PRINTING 1 WARNA  UNTUK 15 PCS CELAH GIGI

SELESAI JE PRINTING JAM 8 MALAM SAYA TERUS BERGEGAS KE TERMINAL BAS (TBS) UNTUK KE KELANTAN. KECEWANYA HATI NI BILA JURU TIKET BAGITAU SEMUA BAS KE KOTA BHARU DAH 'FULL'. APA LAGI MELEPEKLAH SAYA SAMPAI ESOK PAGI DI TBS NI. TIKET PAGI PALING AWAL IALAH JAM 9.30 PAGI DAN SAYA TELAH MENEMPAH BAS QUEEN EKSPRESS. DUDUK JE DALAM BAS TERUS TIDUR SAMPAI LE TIBA KE DESTINASI MELOR, KOTA BHARU. TURUN DARIPADA BAS, SAYA DISAMBUT OLEH EN.ZAIN IAITU BAPA KEPADA FARHAN (PESERTA KURSUS PRINTING 26/11/2016). SEBENARNYA KEHADIRAN SAYA KE KELANTAN TELAH PUN DIRANCANG SEMASA MEREKA HADIR KURSUS TEMPOH HARI. SAYA DIBAWA MINUM PETANG DAHULU SEBELUM KE HOMESTAY MILIK BELIAU. SELEPAS MAKAN MALAM BARULAH KE BENGKEL PRINTING FARHAN.  BANYAK JUGALAH TIPS-TIPS YANG SAYA KONGSIKAN SAMBIL MEMANTAU KERJA-KERJA PRINTINGNYA PADA MALAM ITU.

FARHAN KIRI DAN ADIKNYA SEDANG MEMASUKKAN T-SHIRT PADA MEJA
DI BENGKEL PRINTING MILIKNYA.
PROJEK PRINTINGNYA PADA MALAM ITU DIANGGARKAN 100 HELAI. SO SAMBIL KAMI MEMBUAT KERJA FARHAN & ADIKNYA BELAJAR SEKIRANYA ADA KESILAPAN YANG DILAKUKAN. 100 HELAI 2 WARNA INI SIAP DALAM MASA 2 JAM SETENGAH. MACAM TAK PERCAYA JE KAN? TAPI INI KEBENARANNYA. RAHSIANYA KENALAH BERJUMPA DENGAN SAYA. HUHU... SAYA PULANG KE KUALA LUMPUR KE ESOKAN HARINYA..











Featured post

LAPORAN KURSUS PRINTING

POPULAR POSTS