Thursday, 28 June 2018

KURSUS PRINTING TSHIRT

LAPORAN KURSUS PRINTING JUN 2018

TARIKH : 26HB JUN 2018 (SELASA)
MASA : 1TGH-4PTG
TEMPAT : UKAY PERDANA, AMPANG
PESERTA : MOHD AIDIL (DARI SABAH)

RUMUSAN : PESERTA YANG BERNAMA AIDIL INI MEMILIH TARIKH INI ( 26-6-2018) KERANA JADUAL PENERBANGANNYA DARI SABAH KE SEMENANJUNG DAPAT TAMBANG MURAH. SAYA HANYA BERSETUJU DAN MENYAMBUT KEDATANGANNYA DENGAN RASA TERHARU KERANA SANGGUP BERKORBAN MASA DAN WANG RINGGITNYA DEMI MENCARI ILMU MENCETAK TSHIRT INI DENGAN SAYA YANG HANYA MENGADAKAN KELAS DI STUDIO/BENGKEL PRINTING UKAY PERDANA AMPANG, KL. CERITANYA SAMPAI DI KLIA KIRA2 JAM 8 PAGI. TERUS MENAIKI TRANSIT MONOREL HINGGA TIBA DI KL DAN BERTUKAR MENAIKI BAS RAPID KL SAMPAI DI HENTIAN AMPANG POINT. DI AMPANG AIDIL MENGAMBIL GRAB PULA UNTUK SAMPAI KE STUDIO MENCETAK SAYA LEBIH KURANG JAM 1 TGHARI. BEGITULAH KESUNGGUHANNYA INGIN MENIMBA ILMU MENCETAK TSHIRT INI WALAUPUN SLOT KURSUS INI HANYA MENGAMBIL MASA DALAM 3 KE 4 JAM SAHAJA UNTUK DI FAHAMI SEPENUHNYA TENTANG ASAS MENCETAK TSHIRT INI. AIDIL SENANG DAN CEPAT FAHAM APA YANG DI DEDAHKAN OLEH TENAGA PENGAJAR. TAMAT KURSUS JAM 4 PETANG DAN SAYA DENGAN KETERUJAAN KEHADIRANNYA MENAWARKAN DIRI UNTUK MENGHANTARNYA HINGGA KE BUKIT BINTANG. DENGAN MASA YANG ADA ITU JUGA SAYA SEMPAT MEMBAWA AIDIL KE BEBERAPA LOKASI PEMBEKAL TSHIRT DAN DYE BAGI MEMUDAHKAN DIA UNTUK MENJALANKAN PERNIAGAAN INI. KAMI BERPISAH DI JALAN KENANGAN KL KIRA2 JAM 6 PETANG. SEMOGA AIDIL AKAN BERJAYA KELAK. INSHALLAH.

Aidil sedang cuba sendiri mencetak tshirt.

Sempat ber 'selfie' antara kami.


Sunday, 24 June 2018

KURSUS MENCETAK T-SHIRT

KURSUS SILKSCREEN PRINTING BULAN JULAI 2018
SILA HUBUNGI WS/CALL 011-61936200 UNTUK BOOKING TARIKH KURSUS YANG ANDA INGINKAN.

Wednesday, 20 June 2018

KURSUS LEPAS RAYA

Kelas printing dibuka semula untuk tarikh selepas hari raya puasa. Hubungi terus saya untuk detail.. 011-61936290

Featured post

LAPORAN KURSUS PRINTING TSHIRT

POPULAR POSTS