KONGSI ILMU PRINTING GAYA SIFU

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA KEPADA PEMINAT BLOG. RUANGAN INI DIBUAT BERTUJUAN UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN & PENGETAHUAN BERKAITAN DENGAN PRINTING T-SHIRT SAMADA DALAM TEKNIK SILKSCREEN ATAUPUN HEATPRESS. PERKONGSIAN INI AKAN DI UPDATE DARI SEMASA KE SEMASA BERGANTUNG KEPADA MASA DAN WAKTU MENGIKUT KESESUAIAN.


SILKSCREEN PRINTING / CETAKAN SARING SUTERA

BAHAN-BAHAN ASAS UNTUK MENCETAK/PRINTING T-SHIRT

KORANG NAK TAHU TAK SEBENARNYA UNTUK MENCETAK T-SHIRT INI TAKLAH SUSAH SANGAT SEPERTI YANG DISANGKA. KENA PULAK DIZAMAN SEKARANG NI DAH BANYAK PEMBEKAL-PEMBEKAL YANG MENJUAL PERALATAN MENCETAK T-SHIRT DIMERATA TEMPAT & JUGA BOLEH DAPATKAN SECARA ON-LINE. APA YANG PENTING SEKALI KORANG PERLUKAN SEDIKIT LATIHAN BAGI MENDAPATKAN HASIL CETAKAN YANG CANTIK & BERKUALITI.


BAHAN-BAHAN ASASNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

1) BINGKAI ACUAN/BLOK
2) KAIN SARING SUTERA/MESH
3) KERTAS MINYAK/TRACING PAPER
4) PHOTO EMULSION
5) MANGKUK SAPUAN/COATER
6) SKUJI/SQUEEZE
7) PEWARNA KAIN/DYE
8) PENCAIR DYE/BINDER
9) PAPAN PELAPIK/MOUNTIN BOARD
10) GAM BAJU/TABLE GLUE
11) STAPLER GUN
12) PENGERING RAMBUT/HAIRDYER
13) SALOTAPE
14) LAMPU EXPOSE/LIGHTBOARD


BAHAN-BAHAN YANG DINYATAKAN INI KEBANYAKANNYA BOLEH KITA PEROLEHI DIKEDAI ATAUPUN PEMBEKAL PERALATAN MENCETAK T-SHIRT DAN ADA JUGA YANG KORANG BOLEH PEROLEHI DIKEDAI ALATULIS (STATIONERY).

SEBELUM KORANG NAK BUAT PROJEK PRINTING INI, KORANG KENALAH KENAL DAN TAHU FUNGSI-FUNGSI SETIAP BAHAN INI BAGI MEMUDAHKAN KERJA KORANG NANTI.






CARA MEMBUAT BLOK SILKSCREEN PRINTING

BLOK SILKSCREEN ATAU ADA YANG MEMANGGIL BINGKAI PENCETAK SARING SUTERA ADALAH ALAT UTAMA YANG DIGUNAKAN UNTUK MENCETAK T-SHIRT/FABRIK. BAHAN-BAHAN YANG PERLU ADA UNTUK MEMBUAT BLOK ADALAH SEPERTI KAYU PANJANG 2"x 1", KAIN SARING (MESH), PAKU, STAPLER GUN, PISAU, GERGAJI, PENUKUL & PEMBARIS. 


LANGKAH PERTAMA KITA PERLULAH MEMOTONG KAYU MENGIKUT UKURAN YANG DIKEHENDAKI. CONTOHNYA UNTUK SAIZ A4 ANGGARAN SAIZ ADALAH 16"= 2 BATANG & 12"= 2 BATANG. SAMBUNGKAN KESEMUANYA MENJADI SEPERTI BINGKAI SEGI EMPAT SAMA. GUNA PAKU & PENUKUL.


LANGKAH KEDUA ADALAH MELEKATKAN KAIN SARING PADA BINGKAI DALAM KEADAAN MENEGANG. UNTUK MELEKATKAN KAIN SARING INI ADA 2 CARA IAITU DENGAN MENGGUNAKAN STAPLER GUN ATAUPUN GAM KAYU. UNTUK ASAS KITA AKAN BELAJAR MELEKATKAN KAIN SARING DENGAN MENGGUNAKAN STAPLER GUN.



BINGKAI ADA 4 PENJURU. TANDAKAN NO. 1 - 4 SEBAGAI PANDUAN DISETIAP PENJURU. LETAK BUCU KAIN SARING DI PENJURU BINGKAI 1 & STAPLER SEKALI. KEMUDIAN STAPLER PULA DI PENJURU 2 DI IKUTI STAPLER AGAK RAPAT (1/2 INCI). TARIK PULA DI PENJURU 3 & TERUS MENEMBAK SEPERTI LANGKAH SEBELUM INI. KITA AKAN LIHAT PENJURU 1&2 DAN 3&4 BERBENTUK L. JADI ADA DUA L.



LANGKAH TERAKHIR TARIK KAIN SARING DIPENJURU 4 & PASTIKAN LEBIH TEGANG DARI SEBELUM INI. TEMBAK SEKALI & BARULAH KITA MENEMBAK SEPERTI LANGKAH PENJURU 1 & 2 CUMA KALI INI KITA PERLU TARIK KAIN DAHULU BARU DITEMBAK. SETELAH HABIS MENEMBAK DENGAN MENGGUNAKAN STAPLER GUN, POTONG LEBIHAN KAIN SARING MENGGUNAKAN PISAU.

#BLOK ACUAN YANG BAIK MESTILAH TEGANG/CEKANG.
#TIADA GELOMBANG SEPERTI OMBAK DIANTARA STEPLER.
#BINGKAI TIDAK MELENGKUNG.

SETAKAT INI DULU.. JUMPA LAGI DI SEGMEN SETERUSNYA..
SEMOGA BERJAYA..

CARA MENCETAK TSHIRT TEKNIK STENCIL

TEKNIK PRINTING SILKSCREEN PALING SENANG (TEKNIK STENCIL)

INI ADALAH TEKNIK PRINTING YANG PALING ASAS SEKALI. SEMASA SAYA MULA BERJINAK-JINAK DALAM DUNIA PRINTING INI, TEKNIK INILAH YANG SAYA GUNAKAN.

video


CARA EXPOSE BLOK ACUAN

BERTEMU LAGI KITA DI RUANGAN KONGSI ILMU BERSAMA SAYA. OKEY GUYS, BILA BLOK ACUAN YANG KORANG DAH SIAP BOLEHLAH DISAPU DENGAN PHOTO EMULSION (LIHAT GAMBAR SEBELUM INI). PHOTO EMULSION ADA BERMACAM-MACAM JENUS MENGIKUT JENAMA MASING-MASING CUMA YANG MEMBEZAKANNYA ADALAH CARA EMULSION ITU TERHASIL. ADA YANG PERLU DIBANCUH DENGAN SENSITIZER & ADA YANG TIDAK PERLU. CARA YANG SAYA AKAN AJAR INI LEBIH KEPADA TEKNIK BANCUHAN KERANA INI ADALAH ASAS DLM TEKNIK ESPOSE BLOK.

KEBANYAKKAN PENCETAK DI MALAYSIA LEBIH GEMAR MENGGUNAKAN PHOTO EMULSION JENIS SOCOL. SUKATAN BANCUHAN ADALAH 225ML PHOTO EMULSION DICAMPURAN DENGAN 5ML SENSITIZER KEMUDIAN DI KACAU SEBATI. TGU SEHNGGA 15 MINIT BARULAH BOLEH DISAPUKAN PADA PERMUKAAN BLOK ACUAN YANG KITA BUAT TADI. SILA GUNAKAN `COATER` BAGI MENDAPATKAN HASIL YANG TERBAIK. SYARATNYA MESTILAH NIPIS. SEKIRANYA DISAPU BAHAGIAN LUAR DAN KELIHATAN TEBAL BARULAH DIBALAS DARI BAHAGIAN BELAKANG BLOK ACUAN ITU.

Contoh Photo Emulsion


SELESAI SAHAJA ANDA PERLULAH MENGERINGKAN EMULSION TADI DENGAN MENGGUNAKAN `HAIRDRYER` HINGGA KERING. PROSES MEMBUAT TEKNIK EXPOSE BLOK HENDAKLAH DIBUAT DI TEMPAT YANG AGAK GELAP.

KITA PERGI PULA KE MEJA EXPOSE / LIGHTBOARD DAN LETAKKAN FILEM (LIHAT GAMBAR). BARULAH DI LETAKKAN BLOK ACUAN YANG SUDAH ADA PHOTO EMULSION TADI. LETAK PULA KADBOARD / PAPAN DI DALAM BLOK ACUAN DAN AKHIR SEKALI LETAKKAN PEMBERAT / BEBANAN SEPERTI BATU-BATA. SETELAH SELESAI SUSUNAN TADI BARULAH LAMPU LIGHTBOARD BOLEH DINYALAKAN SELAMA 4-6 MINIT BERGANTUNG SETTING MASING-MASING.



SETELAH MASA YANG KITA INGINKAN TAMAT, KELUARKAN BLOK ACUAN TADI DAN BOLEHLAH DI JIRUS DENGAN AIR (SEELOKNYA GUNAKAN PAIP GETAH KETIKA MENEMBAK AIR PADA BLOK). DENGAN PERLAHAN IMEJ AKAN TERHASIL PADA BLOK ACUAN TADI. TEMBAK SEHINGGA BETUL-BETUL HILANG / TANGGAL EMULSION YANG TIDAK DIPERLUKAN. SETELAH BERPUAS HATI BARULAH KITA JEMUR SEHINGGA KERING DITEMPAT YANG PANAS.

BERTEMU LAGI DI RUANGAN BERIKUTNYA.. TERIMA KASIH.


CARA MENANGGALKAN EMULSION YANG SUDAH DI EXPOSE 


PROSES KEMASKINI BLOK ACUAN

BERTEMU LAGI DI RUANGAN INI. KITA MASUK PULA PADA BAB MENGEMASKINI BLOK YANG SUDAH SIAP DI EXPOSE. SEBELUM MEMULAKAN PROSES INI PASTIKAN BLOK BETUL-BETUL KERING SAMADA MENGGUNAKAN HEATER, HAIRDYER ATAUPUN JEMUR SAHAJA DIBAWAH SINARAN MATAHARI BERGANTUNG KEPADA MASA & KEADAAN SUHU.

MULA-MULA TELANGKUPKAN BLOK. TUTUP SEKELILING  BLOK DENGAN MENGGUNAKAN SALOTAPE BESAR (SAIZ 2INCI). PASTIKAN ANDA MENUTUP SEKALI MANA-MANA KEBOCORAN YANG ADA PADA BLOK. ELAKKAN DARI TERKENA KAWASAN YANG HENDAK DICETAK(IMEJ PADA BLOK).

SETELAH SELESAI PROSES TADI, ANDA BOLEH MEMBUAT PEMERIKSAAN YANG LEBIH TERPERINCI DENGAN MENGGUNAKAN LIGHTBOARD. SEKIRANYA ADA KEBOCORAN HALUS APA YANG PERLU ANDA BUAT ADALAH TUTUP/TOUCH-UP LUBANG DENGAN MENGGUNAKAN LIQUID PAPER. PASTIKAN BLOK ACUAN ANDA BENAR-BENAR SELAMAT UNTUK DICETAK,


BERSAMBUNG DI EPISOD SETERUSNYA...


PENYEDIAAN T-SHIRT & CARA MENCETAK YANG BETUL

HAI RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN. SEBELUM T-SHIRT DICETAK, PASTIKAN ANDA MEMASUKKAN T-SHIRT TERLEBIH DAHULU PADA BOARD/PALLETE MEJA ATAUPUN PAPAN ACUAN ANDA DENGAN CARA MEREGANGKAN KAWASAN YANG HENDAK DICETAK. PASTIKAN GAM MEJA ADA & CUKUP UNTUK T-SHIRT MELEKAT PADA BOARD/PALLETE.

BAGI YANG ADA MEJA CETAK PASTIKAN KESEMUA BOARD TELAH DIMASUKKAN T-SHIRT BAGI MEMUDAHKAN PROSES MENCETAK T-SHIRT NANTI BEGITU JUGA YANG MENGGUNAKAN PAPAN ACUAN.

LANGKAH SETERUSNYA LETAKKAN BLOK ACUAN DI TEMPAT YANG SEPATUTNYA. TUANG/LETAKKAN DYE YANG ANDA INGINKAN DIDALAM BLOK ACUAN. SUKATAN DYE BERGANTUNG PADA SAIZ IMEJ YANG ANDA CETAK. TIPS DARI SAYA BIARLAH DYE ITU DILEBIHKAN BAGI TUJUAN MENGEKALKAN KELEMBAPAN BLOK SEMASA MENCETAK NANTI. IA AKAN MELAMBATKAN BLOK DARIPADA TERSUMBAT.

TEKAN BLOK ACUAN DAN MULA MENARIK DYE DENGAN MENGGUNAKAN SQUEEGEE/SKUJI DENGAN CARA BERIKUT.
1- TARIK & TOLAK DYE MENGGUNAKAN SKUJI (POSISI 60 DARJAH) SECARA LEMBUT DAHULU & PASTIKAN DYE MENUTUPI SELURUH IMEJ PADA BLOK. (TEKANAN SKUJI 1/10)
2- 'CLEAR'KAN DYE YANG BERADA DIDALAM IMEJ DENGAN AGAK KUAT SEDIKIT DENGAN POSISI SKUJI 90 DARJAH (TEKANAN SKUJI 3/10). ULANG DALAM SEKALI DUA SAHAJA.
3- LETAKKAN/SANDARKAN SKUJI DI TEPI BLOK & ANGKAT BLOK PERLAHAN-LAHAN DARI SUDUT KANAN ATAUPUN KIRI / DEPAN AYAUPUN BELAKANG BERGANTUNG PADA JENIS MEJA YANG DIGUNAKAN.

ULANG PROSES SAMA PADA BOARD BERIKUTNYA SEHINGGA HABIS PUSINGAN. KEBIASAAN PENCETAK PROFESIONAL AKAN ULANG CETAK SEBANYAK 2 KALI BAGI MENDAPATKAN KUALITI PRINTING ITU SENDIRI. TIPS BAGI MENDAPATKAN WARNA YANG CANTIK ANDA HENDAKLAH PASTIKAN CETAKAN LAPISAN PERTAMA DIKERINGKAN DAHULU (SUAM-SUAM) BARU ANDA NAIK UNTUK CETAKAN LAPISAN KEDUA. PERINGATAN UNTUK TINDIHAN WARNA KEDUA (WARNA LAIN) DARI WARNA PERTAMA ANDA PERLU PASTIKAN WARNA PERTAMA BETUL-BETUL KERING SEBELUM DICETAK WARNA KEDUA KERANA SEKIRANYA TIDAK BETUL-BETUL KERING DYE YANG PERTAWA TADI AKAN MELEKAT PADA BLOK ACUAN YANG KEDUA DAN INI AKAN MEROSAKKAN T-SHIRT ANDA.

BERSAMBUNG DI EPISOD SETERUSNYA...


No comments:

Post a Comment

Featured post

LAPORAN KURSUS PRINTING

POPULAR POSTS