Saturday, 17 June 2017

KATA-KATA

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua. Rasanya Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya untuk tahun 2017 dan Syawal sedang menanti dengan kegembiraan Hari Raya Aidilfitri nanti. Ramadhan jangan bersedih kerana inshaallah tahun depan akan ditemukan lagi.

Aktiviti kami pada bulan Ramadhan sebenarnya sama sahaja seperti tahun-tahun sebelum ini dimana kami mengurangkan kerja-kerja produksi syarikat bagi menumpukan kelebihan dan fadilat yang datang cuma sekali sahaja dalam setahun.

Walau bagaimanapun, tradisi kami pada perniagaan bazaar Ramadhan tetap diteruskan dimana kami membuka gerai Roti John Resepi Terbaik dan tahun ini kami beroperasi di sekitar Klang.

Terbaru kami ingin war-warkan Lemang Labis akan dibuka bermula pada Isnin (7 hari sebelum Hari Raya) beroperasi di persimpangan Jalan Labis, Batu Belah, Sungai Pinang, Klang Selangor. Mula Beroperasi jam 10 pagi sehingga 10 malam. So kepada anda yang ingin menempah lemang sempena hari raya nanti boleh datang terus ke tapak lokasi kami (Klang khususnya) ataupun menempah melalui talian 011-24180491. Harga istimewa akan kami berikan.

Akhir kata Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua terutamanya yang menganut agama Islam. 0-0.

Featured post

LAPORAN KURSUS PRINTING BARU

POPULAR POSTS